Thursday, 5 March 2015

KESAN-KESAN DARURAT


KESAN DARURAT DI TANAH MELAYU TERBAHAGI KEPADA 2 PERINGKAT
IAITU KESAN DARURAT PENDUDUKAN JEPUN & KESAN DARURAT PERISTIWA 13 MEI 1969


KESAN PENDUDUKAN JEPUN



Kesan Politik


1. Kerajaan terpaksa menguatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 akibat kekejaman dan

keganasan pihak komunis.
2. Kerajaan British telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan undang-undang ini demi
membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun mereka bukan berfahaman komunis.
3. Orang Cina menyokong perjuangan komunis kerana mereka merasakan mereka tidak ada tempat di
Tanah Melayu.
4. Kerajaan British pula berpendapat, syarat kerakyatan perlu dilonggarkan untuk memberi peluang
kepada orang bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina menjadi warganegara Tanah Melayu.
5. Oleh itu pada tahun 1952, kerajaan telah melonggarkan syarat kerakyatan tersebut.
6. Tujuannya ialah untuk memenangi hati dan meraih sokongan masyarakat Cina agar menyokong
kerajaan memerangi pengganas komunis.
7. Darurat juga menjadi penyokong utama kerajaan British menyegerakan pemberian taraf kerajaan
sendiri kepada penduduk tempatan.
8. Oleh itu, Pilihan Raya Umum Persekutuan Tanah Melayu 1955 telah diadakan dan dimenangi oleh
Parti Perikatan, iaitu Gabungan Parti UMNO, MCA dan MIC bagi mempercepatkan proses rundingan
kemerdekaan.
9. Sejurus sebelum Pertemuan Baling diadakan British telah berjanji akan menyegerakan pemberian
kemerdekaan.
10. Melalui pemberian kemerdekaan, PKM tidak mempunyai alasan lagi untuk meneruskan perjuangan
mereka secara kekerasan kerana matlamat mereka adalah untuk menghalau penjajah.
11. Perjuangan secara kekerasan selalunya menemui kegagalan dan tidak mendatangkan hasil yang
diharapkan.
12. Strategi menggunakan kekerasan dalam perjuangan lebih menakutkan lagi rakyat, malah
menimbulkan kebencian terhadap rakyat.
13. Rakyat yang tidak tahan dengan keganasan atau tindak-tanduk PKM akan berpaling tadah dan
memberi sokongan kepada kerajaan.
14. Kesannya, PKM semakin tertekan kerana perjuangan parti mereka adalah sia-sia sahaja.





Kesan Ekonomi



1. Kekejaman dan keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian dengan aman.
2. Pengeluaran sumber ekonomi negara terjejas kerana kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.
3. Kerajaan membelanjakan 1.4 bilion dalam tempoh 12 tahun dan sebanyak 721.9 juta telah digunakan bagi membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan.
4. Kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan anggota polis dan pasukan Home Guard untuk memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
5. Kesannya, kerajaan kurang memberi perhatian terhadap usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar terutamanya orang Melayu kerana tumpuan lebih kepada pembangunan di Kampung Baru.

No comments:

Post a Comment