Thursday, 5 March 2015

KESAN KESAN DARURAT



Kesan Sosial

1. Darurat telah menyebabkan ramai yang terkorban termasuk pasukan keselamatan, pengganas komunis mahupun orang awam.
2. Menjelang akhir tahun 1950-an, sejumlah 21 231 orang awam dan tentera yang terbunuh.
3.  Pihak pengganas komunis yang terkorban pula ialah seramai 6133 orang.

4. Peperangan yang berlangsung selama 12 tahun ini telah membawa kesengsaraan kepada

kehidupan penduduk Tanah Melayu.

5. Penduduk juga menghadapi pergerakan yang terbatas dan sukar memperoleh bekalan makanan 

6. Akibat perintah berkurung juga, ramai pekebun kecil tidak dapat mengusahakan kawasan pertanian 

7. Rakyat juga terpaksa bergantung kepada makanan iaitu ubi dan keledek seperti yang dialami 

8. Selain itu, zaman darurat juga memberi kesan penting kepada masalah hubungan kaum di Tanah 

9. Ini adalah kerana sebilangan besar pengganas komunis ialah orang Cina dan sebahagian besar 

10.Oleh itu, keadaan ini seolah-olah sebagai satu peperangan antara kaum.

11.Keadaan ini menyebabkan Dato' Onn bin Ja'afar, Tan Cheng Lock dan E.E.C. Thuraisingam 

12. Matlamat penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk menjalinkan hubungan erat di kalangan 

13. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) juga adalah suatu usaha untuk menarik minat orang 

14. Melaui MCA, ramai orang Cina memberikan kerjasama serta membantu kerajaan untuk

membanteras pihak komunis.

15. Usaha ini juga berjaya mengikis pandangan buruk penduduk tempatan bahawa semua orang Cina 

16. Selain itu, kerajaan telah menggubal beberapa dasar untuk meraih sokongan orang bukan Melayu supaya memberi kerjasama kepada kerajaan untuk memerangi pihak komunis.

17. Antaranya, jawatan dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS) yang sebelum ini   dikhaskan kepada orang Melayu telah dibuka kepada orang bukan Melayu.
18.Mereka juga diberikan hak untuk memiliki tanah, menikmati kemudahan kesihatan dan pelajaran.

19. Seterusnya kerajaan telah melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berorientasikan tempatan supaya dapat memupuk perasaan cinta terhadap tanah air dikalangan generasi muda negara.
20. Melalui penggunaan bahasa pengantar yang sama juga diharapkan dapat memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum.


Kesimpulan


1. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengahapuskan ancaman pengganas komunis sejak darurat diisytiharkan di Tanah Melayu.
2. Pada peringkat awalnya, kerajaan berusaha bertungkus lumus untuk menangani ancaman komunis secara kekerasan tanpa melibatkan rakyat.
3. Setelah Perang Saraf dilancarkan, barulah kerajaan sedar betapa pentingnya penglibatan rakyat dalam menentang pengganas komunis.
4. Tanpa sokongan rakyat, pengganas komunis sukar dihapuskan hingga ke peringkat akar umbi.
5. Oleh itu, sebagai rakyat, kita perlu bersama-sama menunaikan tanggungjawab dalam membantu kerajaan untuk memulihkan keamanan dan kesejahteraan.
6. Peribahasa yang mengatakan 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana           muafakat' boleh dikaitkan kerjasama antara kerajaan dan rakyat melawan komunis.
7. Melalui sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh rakyat, ramai pengganas dapat ditangkap atau dibunuh oleh pasukan keselamatan.
8. Akhirnya, pengganas komunis dapat dihapuskan dan keamanan di Tanah Melayu dapat ditegakkan.
9. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia harus bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai hasil pengorbanan generasi masa lalu.
10. Kita juga harus bersatu padu dan bersedia melindungi kedaulatan ibu pertiwi daripada sebarang ancaman sama ada oleh petualang di dalam atau di luar negara.

KESAN-KESAN DARURAT


KESAN DARURAT DI TANAH MELAYU TERBAHAGI KEPADA 2 PERINGKAT
IAITU KESAN DARURAT PENDUDUKAN JEPUN & KESAN DARURAT PERISTIWA 13 MEI 1969


KESAN PENDUDUKAN JEPUN



Kesan Politik


1. Kerajaan terpaksa menguatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 akibat kekejaman dan

keganasan pihak komunis.
2. Kerajaan British telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan undang-undang ini demi
membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun mereka bukan berfahaman komunis.
3. Orang Cina menyokong perjuangan komunis kerana mereka merasakan mereka tidak ada tempat di
Tanah Melayu.
4. Kerajaan British pula berpendapat, syarat kerakyatan perlu dilonggarkan untuk memberi peluang
kepada orang bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina menjadi warganegara Tanah Melayu.
5. Oleh itu pada tahun 1952, kerajaan telah melonggarkan syarat kerakyatan tersebut.
6. Tujuannya ialah untuk memenangi hati dan meraih sokongan masyarakat Cina agar menyokong
kerajaan memerangi pengganas komunis.
7. Darurat juga menjadi penyokong utama kerajaan British menyegerakan pemberian taraf kerajaan
sendiri kepada penduduk tempatan.
8. Oleh itu, Pilihan Raya Umum Persekutuan Tanah Melayu 1955 telah diadakan dan dimenangi oleh
Parti Perikatan, iaitu Gabungan Parti UMNO, MCA dan MIC bagi mempercepatkan proses rundingan
kemerdekaan.
9. Sejurus sebelum Pertemuan Baling diadakan British telah berjanji akan menyegerakan pemberian
kemerdekaan.
10. Melalui pemberian kemerdekaan, PKM tidak mempunyai alasan lagi untuk meneruskan perjuangan
mereka secara kekerasan kerana matlamat mereka adalah untuk menghalau penjajah.
11. Perjuangan secara kekerasan selalunya menemui kegagalan dan tidak mendatangkan hasil yang
diharapkan.
12. Strategi menggunakan kekerasan dalam perjuangan lebih menakutkan lagi rakyat, malah
menimbulkan kebencian terhadap rakyat.
13. Rakyat yang tidak tahan dengan keganasan atau tindak-tanduk PKM akan berpaling tadah dan
memberi sokongan kepada kerajaan.
14. Kesannya, PKM semakin tertekan kerana perjuangan parti mereka adalah sia-sia sahaja.





Kesan Ekonomi



1. Kekejaman dan keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian dengan aman.
2. Pengeluaran sumber ekonomi negara terjejas kerana kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.
3. Kerajaan membelanjakan 1.4 bilion dalam tempoh 12 tahun dan sebanyak 721.9 juta telah digunakan bagi membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan.
4. Kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan anggota polis dan pasukan Home Guard untuk memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
5. Kesannya, kerajaan kurang memberi perhatian terhadap usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar terutamanya orang Melayu kerana tumpuan lebih kepada pembangunan di Kampung Baru.